Annuar Musa Dikecam Kerana Tak Pakai ‘Mask’ Masa Beli Makanan Tepi Jalan
Friday, August 20, 2021

Menerusi Twitter rasminya pagi tadi, Annuar musa telah memuat naik gambar dirinya membeli nasi berlauk dan nasi tumpang dari peniaga tepi jalan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah gambar yang dimuat naik itu menunjukkan bekas menteri ini gagal mematuhi SOP kerana tak pakai pelitup muka.
Selain itu, Annuar Musa turut dikecam kerana meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tak mengambil tindakan ke atas peniaga tersebut kerana berniaga tanpa lesen.
Ekoran ini, netizen telah mengkritik tindakannya itu lebih-lebih lagi selepas beliau pernah dikompaun dua kali sebelum ini kerana melanggar SOP.
Untuk pengetahuan korang, ketika artikel ini ditulis, TS Annuar Musa telah pun memadamkan ciapannya tersebut.
Sumber dan Kredit Lobak Merah