Polis Minta Bantuan Interpol, Keterangan Caprice Dan Nadir Al-Nuri Diambil Secara Online

Polis Minta Bantuan Interpol, Keterangan Caprice Dan Nadir Al-Nuri Diambil Secara Online
Share

Selepas isu yang terpalit berkaitan misi kemanusiaan di Gaza, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan ke atas Ustaz Ebit Lew, Muhammad Nadir Al-Nuri dan Caprice.

Terbaru, pihak polis dikatakan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia dan penyanyi rap itu.

Kata Superintendan Ashari Abu Samah, meraka masih belum mendapat tarikh untuk mengambil keterangan Nadir Al-Nuri dan Caprice, selain menantikan perkembangan terbaru daripada pihak Interpol.

Tindakan ini susulan laporan yang dibuat Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Baca Juga

"Kita sedang berhubung dengan kedua-dua mereka untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan secara dalam talian."

Dalam pada itu, tindakan lain seperti laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melibatkan kenyataan di media sosial sudah pun diambil.

Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel