“Banyak tempat buka bukan sebab selamat tapi kerana ekonomi” – Dr Hisham
Friday, August 20, 2021

Pun begitu, dengan kes positif harian yang masih lagi banyak, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk terus berjaga-jaga.
Menerusi Twitter rasminya, Dr Hisham memberikan peringatan kepada orang ramai yang keadaan di Malaysia masih belum selamat serta meminta orang ramai untuk sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.
"Pesanan untuk semua, banyak tempat buka disebabkan ekonomi dan bukan sebab dah selamat. Jadi, perlu beringat untuk pakai pelitup muka, kalau boleh pakai double mask, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa basuh tangan dengan kerap.
A reminder to all, many places are opening because of economy & not because it is safe. Please keep that in mind; please wear a mask, double masks if possible, practice physical distancing & frequent hand washing. Avoid crowded & confined spaces. Stay safe & get vaccinated asap.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 19, 2021
Elakkan tempat yang sesak dan tertutup. Kekal selamat dan dapatkan vaksin secepat mungkin."
Menurut Forbes pula, kajian baru menunjukkan makan di restoran adalah sangat berisiko ketika pandemik Covid-19.
Kajian dari Korea Selatan mengatakan virus ini boleh merebak lebih jauh dari enam kaki penjarakan fizikal dalam masa yang singkat sekiranya terdapat aliran udara secara terus.
Saintis dari Korea ini juga mengatakan penjarakan meja sejauh enam kaki juga tak cukup untuk melindungi pelanggan dari dijangkiti.
Sumber Lobak Merah, Twitter DG Noor Hisham