Amar Asyraf Menangis Zizan Razak Borong Baju, Sambal RM1,000
Friday, September 3, 2021

Pelakon Amar Asyraf mengalirkan air mata kerana terharu dengan kemurahan hati, pelawak terkenal, Zizan Razak yang sudi membeli baju dan sambal yang dijualnya.
Bukan itu sahaja, menerusi sesi IG Live itu, Zizan turut meminta Amar sedekahkan hasil pembeliannya itu kepada orang ramai. Difahamkan, Zizan membeli baju bundle pada harga RM500 dan tambahan RM500 lagi untuk sambal.
“Hari ini Allah hantar Zizan Razak untuk saya. Kemudian Johana Arrif tolong saya. Terima Kasih Jugak pada ramai lagi yang beli untuk sedekah baju pada viewers,” katanya.
Menurut Zizan, dia bukan berniat menunjuk sebaliknya hanya mahu berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan. Katanya lagi, rezeki tersebut adalah daripada Allah.
Okay. No problem Amar. Saya akan masukkan RM1000. Bukan saya nak menunjuk tapi saya nak bagi RM500 untuk baju dan RM500 lagi untuk sambal. Awak boleh bagi dekat orang.
“All the best Amar. Tapi itu bukan duit saya itu duit daripada Allah. Rezeki daripada Allah. Allah suruh bagi dekat awak,” katanya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa kagum dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh Zizan.
Sumber: Rotikaya