Ayu Raudhah Pernah Tersilap Peluk Kembar Suami, Seiras Sangat
Sunday, September 26, 2021

Kembar Aidil Zafuan dan Zakuan Adha memang sering menjadi tumpuan ramai.
Baru-baru ini pengulas sukan, Hafizal Hamad ada membuat IG Live bersama mereka.
Menerusi video tersebut, Zaquan mendedahkan isterinya, Ayu Raudhah pernah tersilap memeluk abangnya, Aidil kerana keliru memandangkan meraka sangat seiras.
Kata Zaquan lagi, disebabkan insiden tersebut, Ayu meminta untuk membiarkan rambutnya panjang untuk membezakan antara mereka berdua.
@anakantoojalanan Nindia Bola bersama @hafizal7707 #jdt #kembar #aidiladha #aidilzafuan #zaquanadha #nogori9 #ayuraudhah #foryou #fy #demimalaysia #harimaumalaya #iglive #nindia
♬ original sound - AnakAntooJalanan
Dalam pada itu, Zaquan berkata sehingga kini masih ramai yang sukar untuk membezakan yang mana satu Zaquan dan mana satu Aidil.
Disebabkan insiden terbabit, Ayu meminta suaminya membiarkan rambutnya panjang.
Di ruangan komen ramai yang berasa lucu dengan perkara yang dikongsikan.
Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.
Sumber Cariforum