“Biarlah Untuk Tatapanmu Sahaja” - MuatNaik Foto Keluarga, Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Jaga Aurat Isteri
Friday, September 24, 2021
Di Instagram, pelakon, Aiman Hakim Ridza memuat naik beberapa buah foto bersama isteri dan anaknya. Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen memberi teguran dan nasihat kepada Aiman supaya menjaga aurat isterinya yang ternampak belahan dada.
Ternampak belahan dada
Menurut netizen, mereka sangat suka melihat foto keluarga kecil ini dan senyuman Isaac Raees yang sudah memasuki usia 8 bulan. Namun begitu, mereka berharap Aiman lebih cakna mengenai aurat isterinya sebelum memuat naik sebarang foto di media sosial. Ujar netizen, tidak manis sekiranya masyarakat memerhati ‘belahan dada’ Zahirah MacWilson dan bercakap mengenai perkara tersebut.