Hadir Di Mahkamah, Foto Neelofa Pegang Perut Jadi Perhatian

Hadir Di Mahkamah, Foto Neelofa Pegang Perut Jadi Perhatian
Share

Hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini, selebriti popular Neelofa menjadi perhatian ramai apabila dilihat kerap memegang bahagian perutnya.

Difahamkan, Neelofa berada di makhamah bersama suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail ketika hadir bagi prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi gambar Utusan Malaysia, Neelofa yang memakai jubah berwarna kelabu dilihat memegang perutnya sambil dipimpin tangan oleh suaminya.

Sejak Julai lalu hangat diperkatakan apabila netizen membuat spekulasi selebriti itu didakwa hamil apabila dilihat sering memegang perut menerusi IG Live.
Biarpun sudah beberapa kali dakwaan netizen mengatakan bekas pengacara MeleTOP itu hamil, namun masih tiada sebarang kenyataan daripada tuan badan sendiri.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel