'Dulu tengok muka dia, tak sanggup nak terima' - Ibu anggap anak sindrom down anugerah terindah

'Dulu tengok muka dia, tak sanggup nak terima' - Ibu anggap anak sindrom down anugerah terindah
Share

VIDEO keletah anak syurga yang berusia setahun tiga bulan ini sering dikongsi oleh ibunya menerusi aplikasi TikTok.

Selain telah mengumpul hampir 200,000 pengikut, video-video mereka turut meraih jutaan tontonan di platform berkenaan.

Menurut Azmanina Azihan atau Chibby, 23, anaknya yang diberi nama Nur Ariana Hessa Nor Azlan dilahirkan pada 6 Jun tahun lalu.

Baca Juga


Imbas Chibby, dia menerima perkhabaran bahawa bayi sulungnya itu menghidap sindrom down ketika kandungan berusia tujuh bulan.

Biarpun sukar menerima hakikat pada awalnya, Chibby reda dengan ketentuan takdir dan menganggap si comel yang mesra disapa Hessa itu sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

"Saya dapat tahu ketika dia masih dalam perut. Saya buat imbasan lima dimensi (5D) ketika kandungan berusia tujuh bulan. Masa tu kami dapat lihat dia ada simptom sindrom down, jantungnya juga ada masalah.
close
"Suami banyak bagi kata-kata semangat pada saya pada waktu itu. Ketika dilahirkan, doktor sekali lagi maklumkan kepada kami bahawa Hessa menghidap sindrom down. Masa tu saya tak boleh terima, tapi nak tak nak kena terima.

"Bila tengok muka dia, automatik jadi tak sanggup untuk tak terima dia. Selepas kelahiran Hesa, Alhamdulillah rezeki tak putus datang. Hessa pun senang jaga. Dia seorang anak yang ceria dan susah menangis.

"Masa Hessa lahir, ada tiga lubang pada jantungnya. Alhamdulillah, masa habis berpantang, kami pergi check semua dah tertutup sendiri. Jantung dia dah OK," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Chibby bersyukur apabila dia meraih banyak sokongan netizen sejak berkongsi video keletah anaknya menerusi TikTok.

Selain itu, ramai ibu muda termasuklah yang mempunyai anak sindrom down turut menghantar mesej dan bertanya pelbagai soalan kepadanya.

Dalam pada itu kata Chibby, dia turut berdepan situasi yang mana ada segelintir individu yang 'bercakap-cakap' mengenai keadaan anaknya itu.

"Di TikTok, ramai yang mesej minta pendapat dan kata-kata semangat dengan saya kerana mereka tengok saya positif membesarkan Hessa.

"Pesanan saya kepada ibu-ibu di luar sana, anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki. Abaikan saja mulut orang mengata, mereka tak alami sendiri.

"Awal-awal dulu ada yang cari pasal, sekarang makin berkurang. Saya tak tahu sekiranya mereka tak takut kalau kata-kata tu berbalik semula kepada mereka," ujarnya lagi.

Berkongsi khabar gembira, Chibby kini sedang hamil tujuh bulan dan bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Sumber dan kredit: mStar

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel