Perkahwinan Tak Direstui Anak? DSV Menangis Sebak

Perkahwinan Tak Direstui Anak? DSV Menangis Sebak
Share

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kisah cinta jutawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal dan bakal bernikah pada Disember ini.

Semalam, Vida ada membuat IG Live memohon doa agar anak perempuannya, Cik B dilembutkan hati untuk menerima segala keputusan.
“Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa. Doa saya ni ibu memang lah In Shaa Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan,” katanya.

Menerusi IG Live itu, Vida dilihat mengalirkan air mata dan sebak apabila bercakap mengenai Cik B yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya itu.

Baca Juga

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meminta agar diberi masa kepada Cik B. Kata netizen lagi, Cik B sentiasa menyokong ibunya namun bimbang jika dikecewakan lagi.

Terdahulu, Vida berkata dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang mengenai hal perkahwinannya dengan anak-anak terutamanya dengan Cik B.

Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel