"Influencer" Maut Ketika Jalani Pembedahan Kosmetik Membetulkan Hidungnya
Wednesday, September 1, 2021

Russia — Seorang "influencer" maut ketika menjalani pembedahan kosmetik hidung di sebuah klinik berpengaruh di Russia.
Menurut Daily Star, Marina Lebedeva, 31, melakukan pembedahan rhinoplasty beharga £4,000 (~RM 23k) itu bagi "membetulkan" bentuk hidungnya di sebuah klinik swasta dibandar St.Petersburg.
Ketika pembedahan sedang dijalankan, suhu badan wanita itu secara tiba-tiba naik mendadak, dipercayai berpunca daripada reaksi terhadap ubat bius.
Klinik swasta itu kemudiannya menghubungi ambulans sebaik sahaja menyedari perkara itu, walau bagaimanapun, Lebedeva dilaporkan meninggal ketika usaha menyelamatkannya dilakukan.
Menurut Pengarah klinik, Alexander Efremov, pesakit itu telah menjalani beberapa ujian kesihatan sebelum menjalani pembedahan kosmetik yang dilakukan oleh pegawai perubatan berkelayakan tinggi.
“Kami melakukan pembedahan berdasarkan standard yang normal. Sekiranya terdapat pelanggaran, ini adalah kes pertama seumpamanya," katanya
Efremov percaya kematian personaliti media sosial itu mungkin berpunca dari faktor genetik.
Kertas siasatan mengenai jenayah kecuaian telah pun dibuka di St.Petersburg yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun terhadap pakar bedah sekiranya didapati bersalah.
Jawatankuasa Penyiasat Rusia mengatakan pihaknya sedang berusaha untuk menentukan punca kematian wanita itu dan rakaman video dari dalam bilik pembedahan juga akan digunakan sebagai bahan bukti.
Lebedeva meninggalkan suami dan seorang anak yang masih kecil.
Sumber: Daily Star