“Nak Jadi Ibu Baru Jebat? Kena cc Saya Dulu..”- Noor Nabila

“Nak Jadi Ibu Baru Jebat? Kena cc Saya Dulu..”- Noor Nabila
Share

Sempena hari kelahiran anak sulung, pelakon Sharnaaz Ahmad ada menitipkan ucapan buat Jebat Jayden yang kini sudah mencecah umur tiga tahun.

Namun, apa yang menarik perhatian peminat adalah komen yang ditinggalkan bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila yang mencuit hati.

Manakan tidaknya, Nabila tampil memuji sifat kebapaan yang ditonjolkan Sharnaaz terhadap anak sulung mereka, Jebat.

Kata kakak kepada personaliti terkenal Neelofa itu, Sharnaaz merupakan bapa yang baik dan penyayang terhadap Jebat dan menganggap permata hatinya itu bertuah kerana memiliki seseorang seperti bekas suaminya itu.

Baca Juga

Nabila dalam pada itu sempat berseloroh dan mengingatkan mana-mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ‘bonda baru’ kepada Jebat agar ‘melaluinya’ dahulu untuk ditapis.

“Terima kasih baba (Sharnaaz) kerana telah menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada Jebat. Dia sangat bertuah kerana mendapat bapa seperti awak. Yang nak hantar resume (jadi isteri Sharnaaz) boleh ‘cc’ sini sekali.”
Sekadar info, Sharnaaz dan Noor Nabila telah mendirikan rumah tanggap pada tahun 2017 yang lalu namun bercerai tiga tahu kemudian secara hukum hakam.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat pada tanggal 30 Ogos 2018.

SUMBER : Instagram Sharnaaz Ahmad
close

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel