“Jam Buruj ni dah lama saya pakai” – Dikatakan Pakai Jam Mahal, Menteri Agama Jawab Tuduhan Siti Kassim

“Jam Buruj ni dah lama saya pakai” – Dikatakan Pakai Jam Mahal, Menteri Agama Jawab Tuduhan Siti Kassim
Share

Baru-baru ini, tular sebuah foto yang memaparkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad sedang solat di dalam pejabatnya dan kelihatan memakai seutas jam berwarna emas.

Susulan itu, aktivis masyarakat, Siti Kasim memuat naik posting di Twitter memerli sinis menteri tersebut dengan mengatakan beliau memakai jam jenama Rolex yang mahal.
Walau bagaimanapun, Idris menerusi satu posting di Facebook telah menjawab dakwaan Siti Kasim dengan mengatakan dia tidak memakai jam Rolex tetapi jam jenama Buruj yang memudahkannya untuk melihat waktu solat dan arah kiblat.

Baca Juga

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya.

Jam berkenaan kemudian tiba-tiba mendapat perhatian netizen sehingga ada yang mula mencarinya dan memuji harga jam tersebut juga agak berpatutan iaitu tidak mencapai RM1,000.
Sumber: Lobak Merah

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel