Ibu Shaheizy Sam Dikecam Rentas Negeri, Sempat Jumpa Anak & Cucu, Ini Yang Berlaku..

Ibu Shaheizy Sam Dikecam Rentas Negeri, Sempat Jumpa Anak & Cucu, Ini Yang Berlaku..
Share

Baru-baru ini tindakan pelakon Kathy Fauziah yang berkongsikan foto bersama anak dan cucunya menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Selepas dikecam oleh netizen, ibu kepada pelakon Shaheizy Sam itu tampil menjelaskan dia terpaksa merentas negeri dari Melaka ke Kuala Lumpur atas urusan kesihatan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khaty turut memuat naik kad perubatannya serta menjelaskan dia perlu bermalam di rumah anaknya kerana perlu ke Institut Jantung Negara (IJN).

Baca Juga

“Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran.

“Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani prosedur jantung tiga bulan yang lalu.

“Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk setelah diswab dan sebagainya..ikut SOP,” katanya.

Terdahulu, Kathy berkongsikan gambar bersama anak dan cucu-cucunya yang sudah beberapa bulan tidak bertemu. Katanya lagi, selepas menjalani prosedur rawatan jantung beberapa bulan lalu, dia tidak berkesempatan berjumpa dengan ahli keluarganya.
close

Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel