Gosip Rawak
  • Home
  • Menu
    • RAWAK
    • ARTIS
    • GOSIP
    • BERITA
  • Menu
    • Privacy Policy
    • Contact
    • About
Home  ›  BERITA
BERITA

Pemandu Lori Hilang Kawalan Rempuh 5 Kenderaan di Sentul Disahkan Positif Dadah

Monday, September 6, 2021
Pemandu Lori Hilang Kawalan Rempuh 5 Kenderaan di Sentul Disahkan Positif Dadah
Share

Sejak petang semalam tular di media sosial rakaman dashcam memperlihatkan sebuah lori pasir tanpa muatan gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh 7 buah kenderaan di Sentul.

Menerusi rakaman dashcam tersebut, kemalangan yang berlaku di  persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, terjadi pada jam 2.30 menyebabkan sebuah Perodua Myvi hancur manakala enam lagi kenderannnya lainnya remuk.

Memetik laporan Bernama, lori berkenaan dipercayai mengalami masalah brek sehingga menyebabkannya hilang kawalan lalu merempuh kesemua kereta tersebut yang sedang berhenti di lampu isyarat berkenaan.

Sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek melanggar lebih lima kenderaan di Jalan Ipoh, Sentul pada 2.34 petang tadi.

Dalam kemalangan ini sebuah kereta jenis Myvi remuk teruk dan pemandu berkenaan dilaporkan selamat.

Berita lanjut menyusul.

Video: orang awam pic.twitter.com/1w04uSClmm

— BERNAMA (@bernamadotcom) September 6, 2021

Namun terbaharu, Utusan melaporkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komsioner Sarifudin Mohd Salleh berkata pemandu lori tersebut sebenarnya memandu dibawah pengaruh dadah.

Bukan 7 kenderaan tapi 5 yang dirempuh.
Menerusi kenyataan sama, jumlah kenderaan yang dirempuh juga sebenarnya adalah lima iaitu dua buah Perodua Myvi, Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL .

“Siasatan awal dilakukan mendapati lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori terbabit gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat,”  kata Sarifudin yang turut memaklumkan pemandu myvi kuning yang remuk turut mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mendapatkan rawatan di zon hijau Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mengulas lebih lanjut, Sarifuddin berkata pemandu lori berkenaan pada mulanya ditahan dan dibuat ujian alkohol. 

Namun hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol. Dia seterusnya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing sebelum didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin. 

“Hasil ujian awal alkohol dilakukan mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ujian menjalani ujian saringan awal air kencing yang didapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin,” katanya.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/ 69 atau mana- mana balai berdekatan,” jelasnya.

#rakitaKL #kltu
1522 Jalan Tuanku Abdul Halim : Terdapat kemalangan di susur keluar ke Jalan Sultan Azlan Shah melibatkan sebuah lori dan 6 buah kereta. Lorong kanan terhalang. Trafik SESAK di lokasi. JGN JADI PENONTON KEMALANGAN! Berikan laluan untuk bantuan.

📸 ITIS pic.twitter.com/eJ8dHqL3wo

— Rakita Traffic (@RakitaTraffic) September 6, 2021
SOURCE: UTUSAN
Kredit: Buzzkini
Newer Post Older Post Home

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel

News Trending

Popular Bulan Ini

  • Zahirah Macwilson Nak Cari Maid, Sibuk Jaga Anak Sampai Badan Susut Jadi Macam Anak Dara
  • Dolla Menyanyi Di Majlis Iftar, Riak Wajah Anak-Anak Tahfiz Jadi Perhatian
  • Sam Ke Ting dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 remaja basikal lajak
  • Pelakon Dari Parit Buntar Tayang Bentuk 'Anu' Di IG, Mahu Buktikan Saiz 18cm?
Powered by Blogger.

Labels

ARTIS BERITA GOSIP INFO POLITIK RAWAK RAWAL
Copyright 2014 - 2019 Gosip Rawak - Design by rianseo.com