“Perlu pakai bantuan oksigen” – Paras Oksigen Menurun, Eina Azman Mohon Doakan Suami Sembuh dari Covid-19
Thursday, September 2, 2021

Menerusi Instagram, Eina Azman memberitahu yang dia, suami dan dua pembantu rumahnya telah disahkan positif Covid-19 ketika menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh.
“Saya selalu buat covid test. Even last week saya dan suami baru buat covid test and result yang keluar negative. Saya tak tahu macam mana dalam masa seminggu saya boleh kena.”
Eina turut kongsikan gambar suaminya yang kini berada di hospital dan memerlukan alat bantuan oksigen kerana paras oksigen dalam badan menurun.
Pelakon ini meminta orang ramai untuk mendoakan agar kesihatan suaminya kembali pulih seperti sediakala.
Assalamualaikum. Mohon doakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya kembali seperti sihat sedia kala.
“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus Covid-19 sebab oksigen suami saya menurun hingga perlu pakai alat bantuan pernafasan.”
Bagaimanapun anak kembar pasangan ini, Arianna Aubry dan Karl Kareef yang berusia lima tahun didapati bebas dari dijangkiti wabak Covid-19.
Sumber: Lobak Merah