Vaksin tak lengkap lagi, pemuda cuma mampu tengok rakan lepak tepi kedai

Vaksin tak lengkap lagi, pemuda cuma mampu tengok rakan lepak tepi kedai
Share

Ketika ini, makan di premis perniagaan merupakan satu perkara yang sangat ‘rare’ memandangkan hanya individu yang sudah lengkap dua dos vaksin sahaja yang layak.

Jadi, mereka yang belum menerima vaksin ataupun menolak untuk mendapatkan suntikan sama sekali tidak dibenarkan untuk ‘dine-in’ di kedai makan terutamanya melepak bersama kenalan.

Jadi, menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, pengguna aplikasi tersebut dengan nama akaun @hasrulamin16 dengan ‘bangganya’ memuat naik video bersama rakan-rakan yang telah lengkap dua dos vaksin makan bersama di kedai makan.

Namun, apa yang lucunya adalah nasib salah seorang rakan mereka yang terpaksa minum di luar kedai memandangkan belum lengkap dua dos vaksin seperti syarat yang ditetapkan oleh kerajaan andai mahu makan atau minum di kedai.

Baca Juga

Lebih ‘menyedihkan’ apabila dia tidak dapat terus pulang kerumah kerana menumpang rakan yang sedang makan di dalam kedai sewaktu datang bersama-sama rakan yang lain untuk melepak.

Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diterima di ruangan TikTok @hasrulamin16 kerana masing-masing terhibur melihat telatah mereka.

Ada juga yang menyatakan nasib malang buat antivaxx apabila selepas ini mereka tidak dapat masuk ke dalam premis perniagaan andai gagal menunjukan bukti sudah mengambil suntikan vaksin.

Sumber: TikTok @harulamin16
close
Kredit: ohmymedia.cc

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel