Tak ambil vaksin, Rita Rudaini tak tersinggung nama ditolak tak boleh berlakon
Thursday, September 9, 2021

Gara-gara belum menerima vaksin Covid-19, Rita Rudaini mendedahkan dirinya difitnah oleh rakan industri kononnya sedang menjalani penggambaran sedangkan pelakon itu hanya bersantai di rumah.
Menerusi perkongsian di InstaStory, pelakon berusia 45 tahun itu memohon individu tersebut tidak perlu bersikap menjaga tepi kain orang lain selain percaya rezeki masing-masing sudah ditetapkan Allah SWT.
“Ada rakan industri fitnah sis. Cakap sis tengah shooting. Sis takde vaksin. Kecoh ni dok menjaja. Alahai sabar la wahai teman. Jangan takut dengan rezeki awak, rezeki kita tak sama.
“Tuhan dah asingkan dah. Tak payah nak berebut wahai teman. Sis ni kat rumah je, tak pergi mana pun. Dok main tanah, masak, kemas rumah. Percaya dengan rezeki Tuhan tetapkan,” tulisnya semalam.
Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penggiat industri kreatif yang sudah lengkap dua dos vaksin.
Malah pelakon drama Shah Alam 40000 itu berkata, dia menerima dengan hati terbuka jika namanya digugurkan untuk berlakon dalam mana-mana produksi kerana yakin dengan rezeki-Nya.
“100 episod nama sis digugurkan pun sis ok, sebab bagi sis Allah dah tulis macam tu. Sis sentiasa bersangka baik, sebab apa yang Dia tak bagi tu ada sebabnya dan Dia tak pernah hampakan hamba-hambaNya,” kata Rita.
Terdahulu, ibu tunggal dua cahaya mata itu lantang bersuara dan memberi pelbagai pendapat mengenai pengambilan vaksin namun menegaskan dirinya bukan antivaksin.
Sumber: ohmymedia.cc