[VIDEO] Seram! Lelaki Dakwa Rakam Kelibat ‘Entiti Betambut Panjang’ Sewaktu Buat Live
Thursday, September 9, 2021
![[VIDEO] Seram! Lelaki Dakwa Rakam Kelibat ‘Entiti Betambut Panjang’ Sewaktu Buat Live [VIDEO] Seram! Lelaki Dakwa Rakam Kelibat ‘Entiti Betambut Panjang’ Sewaktu Buat Live](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzBsIV7lJSPQfV02EkpNTslnn7uR2uF6FCCrJUXSQEbM56c_8vEFMm0CLTkkK3Zn67e5Qa2QAC9cDNSU-dbJt2zmnU8x6ThOiJJpkdOJ3lDGFwQ7u0XdRG7aatPXVnlHfzmn95NQL8UWU4/w600/1631203870508510-0.png)
Perkara inilah yang terjadi oleh beberapa orang lelaki, mendakwa terlihat satu kelibat sewaktu berada di sebuah bangunan ditinggalkan.
Sejak beberapa hari lalu, sebuah video ini jadi tular selepas penampakan satu kelibat misteri yang berjaya dirakam sewaktu sesi live dijalankan.
Perkara ini dikongsikan oleh akaun TikTok @tsc_tv, merupakan satu kumpulan yang sering melakukan aktiviti-aktiviti paranormal sambil mengadakan sesi live di media sosial.
Menerusi satu video yang dimuat naik, beberapa orang lelaki ini tengah menjalankan aktiviti paranormal di sebuah bangunan yang ditinggalkan.
Namun selepas beberapa ketika, mereka mula fokus ke satu sudut ruangan bangunan itu. Bila diperhatikan dengan lebih teliti terlihat satu susuk kelibat yang seakan melihat gerak-geri mereka.
Apa yang paling mengejutkan, kelibat ‘rambut panjang’ berkenaan dengan pantas memanjat ke bahagian atas dan terus menghilangkan dirinya.
Posting yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian warganet, dan sehingga kini telah meraih lebih dari 179k tontonan.
Di ruangan komen, kejadian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari rata-rata netizen yang melihat. Ada netizen yang menjadi saksi kepada kejadian itu sebab turut menonton semasa sesi live dilakukan, namun ada juga yang berpendapat bahawa semua itu adalah rekaan semata-mata.