Viral TikToker Dedah Nail Polish Tak Boleh Tanggal Lepas Meninggal, Netizen Persoal Betul ke Mitos?
Friday, September 3, 2021

Mungkin tak semua orang tahu tapi segelintir dari kita mesti pernah dengar kisah tentang penggunaan pengilat kuku ataupun nail polish yang dikatakan tidak boleh ditanggalkan daripada kuku mereka yang sudah meninggal dunia.
Sejauh mana kebenaran mengenai kisah ini masih tidak diketahui sehingga kini namun perkara ini juga bukan saja jadi topik perbincangan oleh kita di sini, malah netizen di luar negara juga memperkatakan tentang hal yang sama.
Menerusi perkongsian TikTok gadis muslimah @marwaatik, dia berkongsi kisah daripada makciknya yang mengingatkan para wanita jikalau boleh untuk mengelakkan pemakaian nail polish.
Menurut makciknya itu, dia pernah menguruskan dan berhadapan dengan kesukaran untuk menanggalkan nail polish pada kuku si mati meskipun nail polish yang digunakan tersebut sejenis yang halal.
Tambahnya lagi, pada awalnya dia tidak percaya dengan situasi itu dan telah menawarkan bantuan untuk menanggalkan nail polish tersebut dengan menggunakan pelbagai alatan seperti acetone, pengikis kuku dan bermacam lagi.
Namun ternyata usaha itu tidak berhasil kerana menurutnya, chemical reaction yang sepatutnya berlaku semasa dalam proses penanggalan nail polish itu tidak terjadi ketika tubuh berubah menjadi mayat.
Lebih menyedihkan, dalam proses untuk menanggalkan pengilat kuku itu, kita pastinya akan menggerakkan tubuh si mati secara berlebihan yang mana dari sisi agama perkara tersebut akan ‘menyakitkan’ si mati.
TikTok tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen luar negara yang berpendapat kisah tersebut tidak betul malah ramai juga yang mengatakan sebenarnya pengilat kuku boleh ditanggalkan seperti biasa sama seperti ia dilakukan pada mereka yang masih hidup.
Pun begitu, ramai juga yang bersetuju dengan kata-kata Marwa dan berpendapat ada kebenaran di sebalik video tersebut. Perkara ini kemudian menimbulkan perbalahan di ruang komen.
Isu ini kemudian viral di Twitter dan menjadi topik hangat bagi netizen di Malaysia. Ada yang berpendapat nail polish yang biasa mungkin boleh ditanggalkan menggunakan acetone tetapi ‘gel nail polish’ mengambil sedikit masa untuk ditanggalkan kerana ia perlu disental.
Oleh itu, ramai yang merasakan proses tersebut tidak sesuai dilakukan pada si mati dan sebaiknya kita haruslah mempermudahkan urusan mayat serta mereka yang menguruskan mayat tersebut.
Jika perkara tersebut bimbang mendatangkan kemudaratan di kemudian hari, lebih baik kita elakkan. Sebaiknya rujuklah kepada mereka yang bertauliah berkenaan isu ini.
Sumber: Lobak Merah