Anak Terpaksa Tebalkan Muka Teruskan Majlis Tanpa Bersanding Sebab Bapa Tak Datang Jadi Wali Masa Akad Nikah
Sunday, October 17, 2021
Seorang gadis terpaksa menahan malu dan akur apabila bapa kandung yang sepatutnya menjadi wali dikatakan tidak hadir semasa majlis akad nikah berlangsung. Kisah yang boleh dijadikan ikhtibar ini telah diceritakan sendiri oleh sepupunya menerusi satu thread di laman Twtter, dan terjadi dua tahun yang lepas.
Kisahnya bermula, apabila kedua-dua ibu bapa gadis ini bercerai sebelum bapanya mengambil keputusan untuk berkahwin lain dan menetap di Negeri Sembilan. Pada mulanya, si bapa sama sekali tidak keberatan untuk menjadi wali kepada anaknya sendiri. Susulan daripada itu, pelbagai persiapan telah dirancang oleh gadis ini menanti hari penuh bahagia bersama pasangan tersayang.
Namun, si bapa yang sepatutnya menjadi wali dikatakan ‘menghilangkan’ diri dan mereka terpaksa menunggu selama satu jam. Bukan itu sahaja, mereka turut membuat panggilan kepada bapanya tetapi, panggilan tersebut sama sekali tidak diangkat.
Kena khianat dengan bapa sendiri
Susulan daripada itu, proses akad nikah itu terpaksa ditangguhkan bagi memberi ruang kepada pasangan pengantin yang lain. Bagaimanapun, mahu tak mahu majlis perlu diteruskan seperti biasa berikutan sudah membuat tempahan kepada pihak katering.
Atas persuratan takdir, pasangan ini berjaya disatukan menggunakan Wali Mahkamah namun, mereka terpaksa akur dengan prosedur yang ditetapkan dan proses tersebut memakan masa selama dua bulan.
Mengulas lebih lanjut, bapa kepada gadis ini didakwa seorang yang panas baran, main judi, dan mempunyai masalah dengan saudara yang lain.
Sumber: Arlyana Via OB