“Biar Netizen Nilai Sendiri..” Kongsi Video Bertatu Di Bahagian Dada, Baby Shima Enggan Ulas Kecaman Netizen
Sunday, October 17, 2021
Penyanyi, Baby Shima sekali lagi telah mengundang kecaman dan kritikan netizen kerana didakwa terlalu seksi.
Isu seksi ini bukanlah kali pertama berlaku malah artis ini didakwa telah lali dengan segala tohmahan dan kecaman yang dilemparkan terhadapnya.
Terbaharu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkongsikan video dirinya bersama dengan seorang selebriti media sosial di Instagram dan telah menerima kecaman daripada pengikutnya.
Baby Shima yang turut menulis kapsyen, “hmm lemah lemah.”
Melihat perkongsian yang dibuat oleh Baby Shima, dia didakwa terlalu seksi kerana mengenakan pakaian yang menjolok mata serta telah mendedahkan bahagian pehanya.
Lantaran itu, pengikutnya telah mengecam Baby Shima kerana mendakwa tidak menjaga aurat dan imej selaku wanita beragama Islam.
Perkara ini telah menimbulkan seribu persoalan oleh pengikutnya mengenai adakah benar Baby Shima mencacah tatu pada badannya.
Meskipun begitu, dakwaan dan persoalan ini belum lagi terjawab kerana penyanyi ini tidak memberikan sebarang komen balas kepada pertanyaan yang dibuat oleh pengikutnya itu.
Penyanyi berusia 29 tahun ini dalam pada itu menjelaskan bahawa apa sahaja perkongsiannya tetap akan dikritik netizen meskipun ia perkara yang baik untuk dikongsi kepada umum.
“Biarlah netizen yang menilaikan sendiri. Sebab saya ni bercakap baik pun tetap tak diterima netizen. Jadi saya baut apa yang saya suka. Yang penting tak kacau orang sudah. Sekarang ini kalau kita post atau buat kandungan apa saja netizen akan kritik atau hentam. Ada saja yang tidak kena di mata mereka.”
Berikutan foto yang dimuat naik Shima di Instagramnya itu, ramai netizen telah tampil dan ingin mengetahui lukisan tatu di dada penyanyi lagu berjudul Roadblock Hatiku itu palsu ataupun sebaliknya.
Shima kemudiannya sempat menasihati netizen agar berhenti mengikutinya di media sosial supaya tidak menambahkan dosa.
Katanya lagi, jika tak mahu menambah dosa, tidak perlu mempunyai media sosial dan fokus sahaja pada amal ibadah.
“Bagi saya, apa kita nak buat, buat saja la. Yang penting kita tak kacau kehidupan orang lain dan kalau rasa berdosa, jangan tengok.” katanya mengakhiri perbualan.
Sumber: mstar