“Angin mana boleh masuk melalui kulit” Dr Amalina Bidas ‘Kepercayaan’ Ibu Mengandung Yang Tak Masuk Akal

“Angin mana boleh masuk melalui kulit” Dr Amalina Bidas ‘Kepercayaan’ Ibu Mengandung Yang Tak Masuk Akal
Share

Sudah menjadi kebiasaan untuk para ibu yang telah melahirkan anak pasti berpantang mengikut petua orang dulu-dulu. Namun sejak kebelakangan ini, ada sesetengah pihak yang mula mempersoalkan kesahihan cara tradisional tersebut dan membandingkannya dengan amalan moden.

Dr Amalina Che Bakri antara doktor yang sangat prihatin kepada masalah kesihatan dan pengambilan produk kecantikan dalam kalangan kita. Tidak dapat dinafikan, rata-rata antara kita obses untuk memiliki kulit yang putih seperti orang Barat sehingga mempercayai beberapa mitos karut dalam masyarakat Melayu terutamanya ketika kehamilan.

Dr Amalina Bakri telah menjawab beberapa persoalan mengenai kemelut tersebut menerusi laman sosialnya berserta beberapa kenyataan sokongan pakar.

“Berpantang yang boleh bawa kebaikan tak apalah”

Baca Juga

Jelasnya, tidak salah jika golongan wanita ingin mengikut petua tradisional sekiranya tidak memudaratkan kesihatan. Walau bagaimanapun, si ibu perlu tahu membezakann apakah perkara yang baik atau tidak untuk tubuh badan. Antara mitos yang sering dipercayai masyarakat kita adalah tubuh badan akan masuk angin apabila tidak memakai stokin sewaktu berpantang. Walhal sebenarnya, perkara itu cuma sekadar untuk faktor keselesaan sahaja.


Pernah atau tidak anda mendengar kepercayaan orang tua-tua terhadap pemakanan yang diambil para ibu semasa mengandung hingga memberi kesan terhadap warna kulit bayi. Dr Amalina menerusi status di Twitter menegur beberapa kenyataan mengenai mitos pemakanan yang di ambil para ibu ketika mengandung.

Dr Amalina respon kepada status salah seorang pengguna Twitter sebelum kenyataan itu dipadamkan.

“Jangan minum kopi, nanti anak keluar jadi hitam.”

“Minum air bandung, anak jadi Pink Panther agaknya”

close
Respon santai dari Dr Amalina ini turut mendapat perhatian netizen dan menganggap kenyataan tersebut sesuatu yang melucukan. Dr Amalina turut ‘melayan’ beberapa kerenah dari status netizen terhadap pengambilan air warna minuman yang memberi kesan kepada bayi dalam kandungan ibu.

Netizen turut berkongsi beberapa pengalaman dan mitos pemakanan untuk para ibu semasa mengandung.

Menjawab soalan anda tentang angin

Kenyataan itu disangkal oleh Dr. Amalina sambil menyelitkan perkongsian daripada Dr Imelda Balchin yang juga seorang pakar obstetrik dari PPUM. Sebelum ini, pakar tersebut pernah menjelaskan masalah angin dalam badan berpunca daripada masalah penghadaman yang tidak sihat. Bukannya angin masuk melalui kulit atau tapak kaki dan sebagainya. Sistem penghadaman setiap individu bukan sahaja berlainan, malah turut mempunyai reaksi atau tindak balas yang berbeza-beza terhadap setiap jenis makanan.

Mungkin anda pernah mendengar pantang larang seperti “jangan makan kicap, nanti anak jadi hitam” atau “jangan minum kopi, minum soya sahaja untuk anak putih”. Itulah mitos yang sering kita dengar dalam fasa kehamilan. Kononnya, pengambilan minuman dan pemakanan sedemikian mempengaruhi warna kulit bayi.
Masyarakat kita mudah percayai terhadap mitos pengambilan minuman dan kesan terhadap warna kulit bayi kelak. Jelas, perkara ini menunjukkan mereka terlalu obses untuk memiliki warna kulit putih.

Sumber: Twitter Dr Amalina Bakri & Facebook Dr Imelda Bachin
Kredit : OH BULAN / Erin Sakura News

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel