Bakal Mentua Tak Terima Calon Menantu Cuma Jual Sayur, Wanita Dedah Gaji RM6K Sebulan

Bakal Mentua Tak Terima Calon Menantu Cuma Jual Sayur, Wanita Dedah Gaji RM6K Sebulan
Share

Sering kita dengar mengenai perbandingan kerja kerajaan vs swasta kononnya masa depan lebih terjamin. Malahan kadangkala, ia memberi kesan yang besar terhadap restu orang tua kepada rancangan jodoh anak mereka. Sukar dipercayai, namun begitulah takdir menyedihkan yang dihadapi seorang wanita ini.

Pekerjaannya sebagai penjual sayur lantas dipandang hina oleh bakal ibu mentua kerana yang diinginkan adalah seorang pegawai kerajaan. Tidak habis di situ, dia turut diminta untuk pulang dan tidak berjumpa lagi kerana disifatkan tidak layak untuk berkahwin dengan teman lelakinya itu. Pengguna TikTok ini juga smpat meminta maaf kepada mak cik tersebut kerana dirinya bukanlah calon menantu idaman.
Menerusi akaun Tiktok _Virgo52,  Rosvita menjelaskan pendapatan bulanannya selaku penjual sayur sebenarnya mencecah sehingga 21 juta rupiah (RM6000). Sedangkan gaji teman wanita baharu lelaki itu hanya lima juta rupiah (RM1400) sebulan. Sempat menyindir bekas teman lelakinya, dia mengatakan hasil bulanan wanita tersebut cuma mampu membuat belanja hariannya sahaja.

Baca Juga

Video tersebut kini telah mencecah sehingga 415.7k tontonan. Rata-rata netizen yang komen turut merasa terkejut dengan hasil dari jualan sayuran sahaja, dan ramai yang menyokong bekerja sendiri lebih menguntungkan dari kerja dibawah badan kerajaan.
Sumber: malaysiatimes

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel