“Maafkan segala dosa saya selama ini seikhlas ikhlas” Maria Tunku Sabri Positif Covid Bacaan Darah Rendah, Mohon Doa semua

“Maafkan segala dosa saya selama ini seikhlas ikhlas” Maria Tunku Sabri Positif Covid Bacaan Darah Rendah, Mohon Doa semua
Share
Pengacara popular Maria Tunku Sabri yang disahkan positif C0VlDl9 telah dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan C0VlDl9 Bersepadu (PKRC) di di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang meskipun tempoh kuarantinnya hanya berbaki tiga hari.

Menurut Maria, pemergiannya itu berikutan dia gagal dalam bacaan darah tinggi rendah, jantung laju serta demam.

Difahamkan Maria dan suaminya positif C0VlDl9 tahap 2 selepas berjangkil daripada tempat mesyuarat yang dihadirinya.

Menerusi laman sosial Instagram, Maria sempat berkongsi keadaan dirinya yang ‘diangkut’ oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menaiki ambulans malam tadi.

“Pengakhirannya saya ke MAEPS lagi tiga hari sahaja kuarantin saya. Bila diarah ke klinik kesihatan Hulu Klang, saya gagal bacaanDarah tinggi rendah, jantung laju dan masihDemam. “Allahuakbar, subhanallah, aku redho ya Allah, aku terima saklt penghapus D0sa insyallah.


“To all families and friends i would like to apologise dan maafkan segala dosa dosa saya selama ini seikhlas ikhlas,” ujar Maria di ruangan kapsyen.

Malah, Maria memohon ahli keluarga untuk menitipkan doa dan surah Al-Fatihah agar saklt yang dialaminya kini segera sembuh.

“Saya mohon keluarga dan sahabat sedekahkan saya surah Al-Fatihah. Semoga dengan khasiat surah dapat menyembuhkan saya dengan izin Allah SWT. Ameen, saya sayang anda semua,” tulisnya lagi.
Menerusi perkongsian vide0 itu lagi, kelihatan ambulans menunggu di hadapan kediaman Maria dan bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu terpaksa meninggalkan suaminya di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya mendoakan agar kesihatan Maria beransur pulih serta dia boleh kembali sihat seperti sedia kala.

“Syafakillah kak, moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” tulis Erra Fazira.

“You are strong sis. You will be back stronger. Insyallah, we are all praying for you and family” kata Faradhiya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 7,000 tanda suka dan 1,200 komen semangat daripada pengikutnya.

Sumber: Gempak

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel