Bengang Tak Dapat Duit Bekas Banduan Bakar Rumah Nenek Sendiri Biarpun Baru Seminggu Keluar Penjara

Bengang Tak Dapat Duit Bekas Banduan Bakar Rumah Nenek Sendiri Biarpun Baru Seminggu Keluar Penjara
Share
Gara-gara tidak dapat wang dari ibunya, individu yang baru sahaja seminggu dibebaskan dari hukuman penjara tekad membakar rumah jiran yang juga merupakan kediaman neneknya di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, Klang beberapa hari lepas.

Difahamkan, ia berlaku kira-kira jam jam 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan pada waktu itu daripada seorang kerani wanita berusia 37 tahun yang merupakan anak saudara kepada suspek.

Mangsa yang pada waktu itu berada di tempat kerja terpaksa bergegas pulang dan melihat pihak bomba sedang berusaha untuk meadamkan kebakaran itu, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Siasatan mendapati bahawa rumah kampung jenis berkembar tersebut bersebelahan dengan rumah suspek, lapor Kosmo!
“Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah berjumpa dengan ibunya tidak jauh dari tempat kejadian bagi meminta wang tetapi gagal.Suspek telah membuat ugutan kepada ibunya bahawa dia akan membakar rumah sekiranya ibunya tidak memberikan wang sebelum beredar.”

“Semasa kejadian rumah mangsa tidak berpenghuni kerana keluar bekerja.”

Melihat wanita terduduk menangis menyaksikan insiden tersebut, ramai netizen bersimpati dengan nasib ahli keluarga dan marah dengan sikap suspek.

Bagaimanapun , suspek yang baru sahaja seminggu keluar dari penjara atas kesalahan dadah itu telah di tahan kira-kira jam 6 petang di sekitar lokasi kejadian.

Polis masih siasat jika wang yang diminta itu adalah disebabkan mahu membeli dadah, suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber : Lobak Merah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel