Rentas negeri kali dibuka, DSV mulakan dengan ziarah pusara anak dahulu

Rentas negeri kali dibuka, DSV mulakan dengan ziarah pusara anak dahulu
Share
Kebenaran merentas negeri yang baru sahaja dibenarkan oleh kerajaan bermula awal minggu ini disambut baik oleh rakyat Malaysia apabila masing-masing bergegas mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung atau mana-mana destinasi yang ingin dituju.

Dapat dilihat menerusi media sosial ramai yang telah mulai ‘bergerak’ merentas negeri dan berkongsi momen bahagia itu di media sosial masing-masing.

Antara yang mengambil peluang tersebut adalah usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida (DSV) apabila bergegas merentas negeri  untuk menziarahi pusara anak-anaknya, iaitu allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrri Zikri yang meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah teres dua tingkat pada tahun 2013.
Menurut DSV, pergerakan merentas negeri yang dilakukan ini merupakan kali pertama selepas beberapa bulan.

Menerusi  kapyen yang disertakan dengan video semasa menziarahi pusara tersebut, usahawan terkenal itu memberitahu musibah yang berlaku dulu merupakan satu perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

“SAHAM AKHIRAT SAYA..
2 PUTRA SAYA DI JEMPUT ILAHI..
DALAM SATU MUSIBAH & TRAGEDI YG TIDAK BOLE DILUPAKAN SEPANJANG HAYAT..”
.
“PEMERGIAN MRK UMPAMA SY PUN TURUT -*PERGI*-“
.
“3 BULAN SY GAGAH.
BANGKIT..MELAWAN KESAKITAN KEHILANGAN ORG TERSAYANG YG PERGI TAK KEMBALI

DSV juga menambah bahawa beliau sudah lama tidak datang menziarahi pusara anak-anaknya di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan susulan pandemik yang meningkat drastik awal tahun ini.

Dapat dilihat usahawan berkenaan menyirami air di atas pusara kedua anaknya dan menyedekahkan bacaan ayat suci Al-Quran sebelum pulang.

Untuk makluman, Dato Seri Vida telah kehilangan kedua orang anak lelakinya pada 2013 disebabkan terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat.

Dalam kejadian tersebut, seorang pekerja DSV turut meninggal dunia dan mayat anak-anaknya ditemui di bilik air rumah berkenaan.

Sumber: Instagram datoserivida
Kredit penulisan ohmymedia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel