“Bukan Kerana Bergaduh, Ada Unsur Mistik” - Wanita Terjun Semasa Kereta Bergerak Tampil Bagi Penjelasan

“Bukan Kerana Bergaduh, Ada Unsur Mistik” - Wanita Terjun Semasa Kereta Bergerak Tampil Bagi Penjelasan
Share

PETALING JAYA: Semalam tular dikatakan seorang wanita terjun dari kereta selepas dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang memandu kenderaan itu di Shah Alam.

Keja.dian itu dipercayai berlaku di Seksyen 7, berdekatan Universiti Selangor. Video rakaman i.nsiden itu kini tular di media sosial. Wanita itu terjun dari kereta Perodua Myvi yang dipandu agak laju dan nyaris dilanggar kenderaan lain yang berada di belakang.

Tindakan wanita berkenaan memb.ahayakan dirinya dan pengguna jalan raya lain. Beliau dikecam pengguna media sosial yang mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu.

Melalui rakaman video berkenaan, kereta itu memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum seorang wanita bertindak terjun keluar.

Baca Juga

“Harap pihak berkuasa ambil ti.ndakan dalam kes ni…harap maklum,” kata warganet Norhissham Hissham.

“Bahaya betul, kalau dilenyek kereta belakang tak pasal lain jadinya, lain kali kalau nak gaduh parking tepi jalan,” kata Ariana Sha.

Seorang lagi pengguna media sosial Faridah Abdullah Nurizda pula berharap sebarang pertelingkahan pasangan itu diselesaikan secara baik.

“Kita tak boleh hukum mereka sebab kita tak tahu apa k.es mereka, saya doakan yang si perempuan itu bersabar selesai cara baik-baik kalau rasa dah tak boleh baik putus sahaja cara elok,” katanya.

Tiada laporan polis dibuat melibatkan video tular seorang wanita yang terjatuh dari sebuah kereta di Jalan Unisel, Seksyen 7 di sini pada Ahad.

Ketua polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, menerusi video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.40 petang.

close
“Bukan pasangan bercinta berg.aduh tetapi kena gangguan” Iuah perkongsian seorang pemilik kereta Myvi yang tular didakwa bergaduh dengan kekasih sehingga menyebabkan wanita berkenaan nekad untuk terjun dari kereta.

Menerusi pengakuan yang dibuat melalui saluran Youtube Amirul Syakir semalam, dia menafikan mereka pasangan kekasih dan menjelaskan wanita tersebut terkena gangguan semasa dalam perjalanan untuk mencari barang.

“Di sini saya jelaskan kami bukan pasangan bercinta dan hanyalah rakan sekerja, ketika itu kami keluar mencari barang-barang untuk buat content.

“Ketika itu dia terkena gangguan sehingga suaranya berubah, semasa saya tengah bawa kereta dia menjerit meracau-racau dan tak tahu nak buat apa, ketika itu saya tekan lampu isyarat kecemasan sebab nak selamatkan keadaan,” katanya semalam.

Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita

Tambahnya lagi, ketika kejadian dia tidak sempat untuk menarik rakannya itu kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

“Waktu itu pintu kereta terbuka dan saya tidak sempat tarik dia sebab pakai seat belt, tiba-tiba dia hilang. Rupa-rupannya dia dah di seberang jalan dan selepas itu baru saya tutup pintu dan m.atikan lampu isyarat kecemasan terus buat pusingan U untuk mencarinya,” jelasnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesihatan wanita tersebut dan ada juga yang menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan klip video terbabit tanpa usul periksa.

“Anggap sahaja ia sebagai ujian dari Allah atas dosa-dosa yang kita lakukan selama ini, belajar memahami dan terima dengan hati terbuka mugkin dengan ujian yang di beri salah satu jalan untuk dekatkan diri kepada Allah,” kata Mentadak Mentadu.

Sekarang ini fitnah mudah sangat berleluasa. Belum s.iasat dah sebarkan, semoga keknan dan keluarga dipermudahkan urusan. Anggap benda ini ujian dari Allah S.W.T,” jelas Syahaddah Nik Nor.

“Semoga kalian dipermudahkan segala urusan, buat wanita itu saya doakan semoga awak sihat dan dijauhi segala peny.akit atau buatan orang,” ujar Aqillah Balqis.

Belum ada laporan polis kejadian wanita ‘jatuh’ dari kereta

Shah Alam: Polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta tepat susulan tular seorang wanita terjatuh dari kereta di Jalan Unisel, Seksyen 7, di sini, petang semalam.

Ketua p0lis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kejadian video tular itu itu berlaku pada 2.40 petang membabitkan kereta Perodua Myvi.

“Siasatan awal mendapati dalam video itu, pemandu Myvi terbabit memperlahankan kenderaannya serta memasang lampu kecemasan ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat di Jalan Unisel itu.

“Secara tiba-tiba, seorang wanita membuka pintu dan terjatuh di atas jalan ketika kereta Perosua Myvi itu masih bergerak perlahan.

“Setakat ini, semakan mendapati tiada laporan polis dibuat mana-mana individu berhubung kejadian video yang tular ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta wanita serta pemandu kereta berkenaan diminta membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkan kepada polis untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai disarankan untuk tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta kes tepat terhadap video berkenaan.

Sumber: Trending Hangat

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel