(VIDEO) “Nama Kene petik.Aku bukan jual benda haram” Kak KM Naik Bengang Dituduh Duit Tak Berkat?
Tuesday, October 5, 2021

NAMA menjadi sensasi secara tiba-tiba, usahawan kontroversi iaitu Liana Rosli be.rang dengan tindakan seorang pendakwah selebriti.
Ujar Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM, dia berasa marah apabila individu tersebut mengaiikan sentimen agama dengan perniagaannya.
“Aku memang tak puas hati sebab dia cakap berniaga dengan cara berdosa, aku bukan jual benda haram dan kenapa nak cakap aku berdosa dan duit aku tak berkat?
“Kau jangan ambil kerja tuhan dan ini aku dah cakap banyak kali, bukan nak kurang ajar… aku tak takut nak cakap dengan kau, kalau kau nak datang face to face dengan aku, aku tak takut!” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, usahawan ini tidak menolok teguran yang diterima namun biarlah ia dilakukan di saluran yang betul.
“Kita kena tengok cara orang te.gur, kalau cara te.gur kurang ajar macam ini, maaflah kalau jumpa depan-depan pun aku memang tak akan hormat kau!
Sebelum Ini, kerap disebut oleh seorang pengguna media sosial di laman Instagram pada akaun anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM, Pencetus Ummah Syed meluahkan dirinya sudah puas menasihati wanita tersebut dan kini hanya mampu berdoa buatnya.
Suami Dan Ahli Keluarga Wajib Tegur
Kontroversi mengenai Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli sudah tidak asing lagi di Malaysia, penampilannya yang seks.i sering menjadi bualan han.gat orang ramai apatah lagi usahawan tersebut kini sedang sarat berbadan dua.
Untuk rekod, ramai pihak sudah memberi teguran dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.
PU Syed juga meluahkan, seharusnya suami dan ahli keluarga terdekatnya wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.
Menyentuh soal pemakaian seksi Kak KM, pendakwah bebas ini berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.
Ini adalah kerana di Malaysia, dosa mendedahkan aurat dirasakan ‘normal’ dalam diri masyarakat Muslim dan disifatkan menormalisasikan dosa seperti ini sangat merbahaya.