“DS Vida perempuan pertama dan terakhir saya sentuh sebab terfikir untuk berkahwin”

“DS Vida perempuan pertama dan terakhir saya sentuh sebab terfikir untuk berkahwin”
Share

Sejak beberapa minggu lalu, hubungan di antara usahawan terkenal Dato’ Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya Iqbal Zulkefli masih lagi menjadi tanda tanya.

Mana tidaknya, pemuda berkenaan kelihatan seperti membawa hati apabila usahanya untuk menjadikan jutawan tersebut sebagai isteri menerima tentangan.

Iqbal masuk sekali IG Live yang dibuat DS Vida…Tapi muka tak senyum, hanya masam mencuka Bukan itu sahaja, pemuda berusia 27 tahun tersebut juga kesal apabila dituduh gilakan harta dan kekayaan DS Vida.

Terbaru semalam, usahawan berkenaan dilihat telah melakukan IG Live yang turut disertai Iqbal. Walau bagaimanapun, wajah bekas pembantunya itu malah hanya masam mencuka sahaja.

Baca Juga

Dalam pada itu, satu komen yang ditinggalkan oleh Iqbal turut menarik perhatian ramai apabila menyebut tentang niat sebenarnya untuk memperisterikan DS Vida. 

Di kesempatan tersebut, jutawan berkenaan turut sempat meminta maaf kepada ‘pasangannya’ itu jika ada menyinggung perasaan.

“Kita semua tak sempurna, masing-masing ada aib yang tertutup…” Iqbal tak patut komen macam tu Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seperti mempersoalkan maksud sebenar Iqbal bercakap seperti itu. 
Ramai naik risau jika komen yang ditinggalkan bakal mengundang fitnah kepada pasangan berkenaan. 

Sumber: TikTok Insan Biasa & m.atammm via KD

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel