Lelaki Yang Berkahwin Dengan Rice Cooker Akhirnya Bercerai. Dia Beritahu Kenapa Terpaksa Dia Lepaskan ‘Isteri’ Sedangkan Baru Bernikah

Lelaki Yang Berkahwin Dengan Rice Cooker Akhirnya Bercerai. Dia Beritahu Kenapa Terpaksa Dia Lepaskan ‘Isteri’ Sedangkan Baru Bernikah
Share

Seorang pemuda di Indonesia mencuri tumpuan ramai apabila membuat keputusan untuk bernikah dengan sebuah periuk nasi atau ‘rice cooker’.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh individu tersebut menerusi satu posting di Facebooknya.

Berdasarkan posting terbabit, pemuda yang dikenali sebagai Khoirul Anam itu telah memuat naik tiga keping gambar akad nikah dengan ‘rice cooker’ itu.

“Putih, pendiam, pintar memasak. Idaman sekali,” katanya.

Baca Juga

Posting tersebut kemudian membuat ramai netizen khususnya di Indonesia tertanya-tanya mengenai kesahihan gambar-gambar berkenaan.

Tambah mengelirukan, selepas empat hari ‘bernik4h’, pemuda itu membuat keputusan untuk bercer4i dengan pasangannya.

“Keputusan saya sudah bulat. Tapi ini jalan yang aku ambil, tak ada pasangan yang sempurna. #hiburan,” katanya.

Biarpun berbaur keccewa, namun kapsyen pemuda itu sekali gus merungkai bahawa posting yang dimuat naik itu hanyalah sekadar gurauan.

Rata-rata netizen kini menyifatkan gambar tersebut sebagai satu daripada jenaka untuk mengurangkan tekanan ketika pandemik.

Malah, ada juga yang bergurau mengatakan jika pemuda itu kekal berkahwin, anak pemuda tersebut berkemungkinan sebuah penapis air.

close
Sumber : GEMPAK via TTK

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel