Kahwin Dengan Bekas Pramugari, Inikah Isteri Baharu Fizo Omar?

Kahwin Dengan Bekas Pramugari, Inikah Isteri Baharu Fizo Omar?
Share

Sebuah akaun Instagram dipercayai milik individu bernama @fazeeranazriaz mencetuskan teka-teki ramai dipercayai mungkin dia isteri baharu kepada pelakon Fizo Omar.

Biar hanya berkongsi dua keping gambar, akaun yang juga tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai itu juga meletakkan foto Fizo berbaju Melayu putih di profil utamanya.

Malah, beberapa foto dalam akaun terbabit juga dilengkapi dengan gambar seorang wanita yang anggun mengenakan baju nikah berwarna putih.

Tulis pemilik akaun berkenaan ringkas bersama kapsyen berbunyi ‘Syukur’ dan ‘Alhamdulillah’. Namun, ruangan komen kedua-dua foto berkenaan telah ditutup.

Baca Juga

Selain itu, terdapat juga sekeping foto seorang lelaki yang tidak kelihatan wajahnya sedang menyarungkan cincin di jari manis wanita berkenaan.

Akaun itu juga menggunakan nama Fizo Faz dan hanya mengikuti akaun milik usahawan dan pelakon lelaki itu.
Fizo pada Khamis telah mencetvskan tanda tanya ramai apabila memuat naik foto d1rinya memakai baju Melayu putih lengkap bersongkok.

Tulisnya; “Okey Abe Joe left group recond dulu okey. Apa-apa roger ok.”
Meninjau ruangan komen Instagram Fizo, ada beberapa pengguna yang mendedahkan identiti wanita terbabit difahamkan berasal dari Sarawak dan bekas pramugari syarikat penerbangan terkenal antarabangsa.

Untuk rekod, Fizo pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercer4i pada Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Sehingga artikel ini ditvlis, Fizo masih mengunci mulut dan tidak memberikan respon kepada media.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai pernikahan Fizo yang menjadi buah mulut ramai di media sosial ketika ini masih belum dipastikan lagi.

Terdahulu Mawar pernah titipkan pesanan berikut kepada bakal isteri bekas suaminya itu.

close

Kepada Bakal Ibu Baru Maryam, Ini Pesan Mawar: “Jangan Panggil Mummy Atau Mama”

Bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu usahawan tudung, Mawar Abdul Karim pernah memuat naik satu status di Insta Story miliknya dan telah menarik perhatian.

Menerusi ruangan Ask Me Question, Mawar menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bek4s suami berkahwin buat kali kedua: “Cikyam (Maryam) marah daddy dia kahwin lain. Kak Mawar pula?” tanya individu tersebut.

Menjawab pertanyaan tersebut, Mawar berkata dia pasti berasa gembira sekiranya bekas suaminya bertemu jodoh baharu. Akui serba kekurangan, Mawar, 32, mendoakan agar Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bertemu dengan jodoh yang sesuai serta sempurna selain berharap apa yang terjadi antara mereka sebelum ini tidak diungkit semula.

“Untuk Maryam, kak Mawar tak pernah tanya sebab dia belum faham. Bagi kak Mawar pula, tak mar4h sebab kalau bapa Maryam nak kahwin… lagi gembira dan cepat-cepat kahwin lagi bagus.

“Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna. Kak Mawar tak sempurna serba kekurangan, kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.

“Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

Dalam pada itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

“Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang. Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita,” ujarnya.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam.

Bagaimanapun, mereka bercer4i pada Julai 2019.

Sumber: Gempak

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel