“Selama Ini, Saya Rahsiakan Penyakit Ini..” – Scha Elinnea Alami Gangguan Mental

“Selama Ini, Saya Rahsiakan Penyakit Ini..” – Scha Elinnea Alami Gangguan Mental
Share

Pelakon Scha Elinnea mendedahkan dia perlu membuat janji temu dengan pakar psikiatri setiap minggu dan telah menjadi rutin buat dirinya. Pengakuan tersebut telah dibuatnya melalui InstaStory yang turut mengejvtkan peminat.

Scha atau nama sebenar, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen akui dia mengalami ganggvan mental kronik yang memaksanya mendapatkan bantuan pakar sakit jiwa.

Pelakon drama SiTiktok itu mengesahkan masalah dialami berpvnca kemvrungan tervk sejak Jun lalu. Scha turut berkata dia akan memastikan janji temu dengan doktor setiap minggu dipenuhi.

“Selama ini, keadaan dianggap terkawal. Hanya kebelakangan ini menjadi agak teruk… Hendak tidur pun sukar.”

Baca Juga

Scha, 22, menjelaskan bahawa dia sudah lama berdepan situasi ini. Mungkin ditambah dengan situasi semasa pandemik cov1d-19 membuatkan dirinya banyak berfikir bukan-bukan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, teman baiknya datang menemani di rumah kerana  jika dia duduk sendirian, perasaan itu akan menjadi-jadi sehingga boleh menang1s sendirian.

Selama ini, saya tinggal sendirian. Dengan situasi sekarang, saya perlu ditemani kawan. Saya juga kena makan ubat yang disarankan doktor setiap hari.

Gadis kelahiran Kelantan itu mengaku mengambil ubat penenang jika ada komitmen kerja termasuk penggambaran drama. Scha turut cuba untuk tampil kuat, walaupun hakikatnya berperang dengan s4kit dalaman itu.

Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel