Nak beritahu Iqbal terkena sihir punca DSV ‘terjah’ rumah jam 3 pagi

Nak beritahu Iqbal terkena sihir punca DSV ‘terjah’ rumah jam 3 pagi
Share
Kisah percintaan Dato’ Seri Vida (DSV) dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zolkefli sememangnya sentiasa berlegar-legar di media sosial.

Selepas tular yang usahawan tersebut pergi ke rumah lelaki berkenaan jam 3 pagi, DSV teruk dikecam netizen berikutan menerjah sesuka hati ke rumah seorang pemuda ketika orang lain sedang tidur.

Enggan terus mendengar tohmahan daripada netizen, DSV menerusi IG live telah menceritakan hal sebenar mengapa dia ke rumah Iqbal pada jam 3 pagi.

Menurutnya, sebelum bergerak ke sana, dia telah melakukan solat tahajjud meminta petunjuk agar apa yang dilakukannya benar. Andai Allah S.W.T tidak meredhai apa yang dilakukan, dia memohon agar dilencongkan ke tempat lain ketika perjalanan ke rumah bekas pembantu peribadinya.

Usahawan itu juga mengakui tidak kisah dianggap ingin berdrama atau apa kerana dia telah merendahkan martabat dirinya untuk berjumpa Iqbal semata-mata mahu menyelamatkan pemuda itu dari disihir.

Kenyataan DSV berkenaan isu sihir ini turut diperkukuhkan lagi dengan tindakan yang pernah dibuat Iqbal kerana pemuda itu tiba-tiba sahaja ingin membatalkan perkahwinan mereka selepas dua hari mengumumkan berita gembira tersebut kepada umum.


Jelas Vida lagi, pemuda itu berkemungkinan menjadi perantara musuh perniagaannya yang berniat buruk tidak mahu melihat mereka hidup bahagia.

Tambah DSV, pemuda berusia 27 tahun itu sememangnya tidak sedar namun dia tahu kerana sudah mengenali Iqbal selama tujuh tahun memandangkan perlakuannya sejak kebelakangan ini cukup berbeza.

Sehubungan dengan itu, usahawan kosmetik ini berazam mahu membantu bekas pembantunya untuk berubat agar terhindar dari sebarang gangguan dan rancangan pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung Disember ini dapat diteruskan.

Sumber: Instagram Datoserivida
Kredit: Ohmymedia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel