“Tak rindu kita ke?” - Nak buat live IG, Sajat kembali aktif di media sosial

“Tak rindu kita ke?” - Nak buat live IG, Sajat kembali aktif di media sosial
Share
Usahawan kosmetik yang penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman nampaknya telah kembali di media sosial susulan memuat naik InstaStory di salah satu akaun Instagramnya.

Dalam muat naik tersebut dia telah berkongsi satu video ringkas bertanyakan kepada followers sama ada perlu atau tidak dia membuat live di media sosial.

Dia juga memaklumkan akan membuat live tidak lama lagi kerana amat merindui para netizen selepas lama ‘menghilangkan diri’ susulan kes diburu pihak polis Malaysia kerana kesalahan jenayah yang dilakukan.

Sebelum ini, keberadaan usahawan terbabit sudah dapat dikesan selepas dimaklumkan berjaya melarikan diri ke Thailand. Dia  ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu kira-kira jam 6 petang kerana memiliki pasport tidak sah.

Sajat juga telah dihadapkan ke Mahkamah Thailand keesokan harinya atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda.

Walau bagaimanapun, proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang usahawan kosmetik itu masih berjalan kerana membabitkan pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara selain pihak berkuasa Thailand.


Sumber: Instagram nursajatkamaruzzaman
Kredit: ohmymedia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel