Suami takut kena marah dengan isteri didenda RM1,400

Suami takut kena marah dengan isteri didenda RM1,400
Share

"Tertuduh merayu kepada mahkamah supaya hukuman ringan dikenakan dengan alasan tertuduh tiada pilihan dan terpaksa membuat laporan palsu kerana kehilangan wang yang diamanahkan isterinya." 

Melaka: Seorang lelaki didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas didapati bersalah membuat laporan polis palsu kerana takut dimarahi isteri selepas wang diberi wanita berkenaan hilang Jun tahun lalu. 

Majistret Analia Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fairuz Malik, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja membuat laporan polis palsu berkaitan kejadian samun. Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut 

Baca Juga

Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 jika sabit kesalahan. Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu 

Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, pada jam 5.45 petang. Prosiding pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran. 

Tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari merayu kepada mahkamah supaya hukuman ringan dikenakan dengan alasan tertuduh tiada pilihan dan terpaksa membuat laporan palsu kerana kehilangan wang yang diamanahkan isterinya.

Sumber: buletin3.com

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel