Anak Sendiri Dedah Rupa Sebenar Lelaki Mirip Wajah Shah Rukh Khan
Monday, November 1, 2021

Pernah tular di media sosial sebelum ini apabila seorang lelaki dikatakan mempunyai iras wajah seperti pelakon Bollywood yang terkenal iaitu Shah Rukh Khan.
Seperti yang kita tahu, Shah Rukh Khan juga sangat terkenal di Malaysia, justeru ia tular di media sosial apabila gambar yang dimuatnaik lelaki tersebut menerusi Facebook, Fendi Ismail yang menunjukkan kekacakan wajahnya yang saling tidak tum.pah seperti pelakon tersebut dan membuatkan para wanita berasa teruja.
Lelaki berkenaan dikatakan berasal daripada Temerloh dan bekerja sebagai penebar roti canai di samping bertugas sebagai AJK di sebuah masjid di sana.
Namun, menerusi tinjaun yang dilakukan di Twitter, warganet berjaya ‘membongkar’ wajah sebenar dimana langsung tidak sama dengan Shah Rukh Khan.
Lelaki berkenaan dikatakan hanya suka-suka mengubah wajah menjadi seperti pelakon berkenaan menggunakan aplikasi ‘face app’, namun tidak menyangka ianya akan mendapat perhatian yang meluas dari netizen.
Malah, apa yang lebih melucukan, apabila ada seorang lelaki muncul di ruangan komen mendakwa Shah Rukh Khan yang diperkatakan itu merupakan ayahnya.
Alaaa fake rupanya ..sis keciwaa pic.twitter.com/a9JCGegNF1
— Dee (@deeyannadean) July 14, 2020
Para peminat yang kebanyakannya wanita mengatakan yang mereka merasa hampa dan telah diberikan harapan palsu oleh lelaki warga emas tersebut.
Sumber:
[1] Rujukan, Siakap Keli
[2] Gambar Utama, Fendi B. Ismail (Facebook)
[3] Gambar 1, Lan (Twitter)