Suhaimi Saad Bangga Senang Hati Bebas Dapat Keluar Masuk Kedai Walaupun Tak Vaksin. Ini Pula Komen Netizen
Saturday, October 2, 2021

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu sering mencetvskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin.
Bagaimanapun baru-baru ini, nama Suhaimi menjadi perhatian apabila berkongsikan kisahnya yang bebas kemana-mana meskipun tanpa divaksin.
Menerusi, satu perkongsian di laman Twitter seorang netizen berkongsikan satu perbualan antara Suhaimi dan pengikutnya di laman TikTok dimana pengikutnya itu bertanyakan sama ada dia dan isteri sudah mengambil vaksin.
Suhaimi membalas pertanyaan tersebut mengatakan dia dan keluarganya bebas ke mana-mana kedai meskipun tidak divaksin, malah tiada pula yang meminta untuk menunjukkan kad vaksinasi.
“Setakat ini kami pergi mana-mana kedai tak ada pula yang minta kad vaksinasi, hanya scan MySejahtera sahaja, Alhamdulilah, Allah permudahkan,” kata Suhaimi.
Susulan itu, rata-rata pengguna Twitter menggesa semua peniaga dan pemilik premis supaya melakukan pemeriksaan lebih ketat kepada pelanggan mereka.
Malah, ada netizen berkongsikan ada kedai makan yang tidak memeriksa vaksinasi serta seolah tidak peduli pelanggan keluar masuk sama ada sudah lengkap vaksin atau tidak.
“Harap harap semua kedai tolong la check dulu sebelum bagi customer masuk. Tak pasal pasal 4nti vaksin terlepas masuk kedai,” ciap @ketengahketepi.
“Aku gi kedai makan ‘dine in’, dorang tak minta sijil vaksin pon weh. Aku pun pelik gak, tapi tu la realiti,” kata @homeyn18.
“Kedai mamak area Kota Damansara, Subang Bestari, kedai roti Jalan Kerinchi semua tak periksa. Orang scan tak scan @my_sejahtera pun tak ada sapa peduli, keluar masuk saja. Kalau yang masuk tu ‘fully vaccinated’ takpa la, kalau tak,” kata @Lan_Aziz.
Sumber: Satkoba