TERKINI: Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok – PM
Sunday, October 10, 2021
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa aktiviti merentas negeri secara rasminya dibenarkan mulai esok.
Beliau mengumumkan pengumuman sedemikian menerusi sidang khas secara langsung hari ini.
Jelas Ismail, data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan peratusan populasi dewasa yang lengkap divaksinasi kini telah mencapai 90 peratus.
Berikut adalah sedikit ucapan yang di katakan semalam:
“(Rentas negeri) serentak seluruh negara. Walaupun janji peringkat awal 80 peratus (kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa), tapi program vaksinasi di negeri masih di peringkat rendah iaitu sekitar 60, 70 peratus.
“Kalau kita buka seluruh negara (ketika kadar vaksinasi lengkap 80 peratus), mungkin akan berikan kesan yang tak baik kepada negeri yang kurang dari segi peratusannya.
“Namun jika (purata vaksinasi seluruh negara negara) 90 peratus, kita jangka purata di negeri sudah pun melebihi 80 peratus,” katanya pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mekanisme kebenaran rentas negeri yang akan diumumkan kerajaan, dan sama ada kebenaran itu akan membabitkan semua negeri.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberi jaminan larangan rentas negeri di seluruh negara yang berkuat kuasa sejak 10 Mei lalu, akan berakhir dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Kita tunggulah, tapi dah tak lama dah. Saya yakin tak lama. Kita akan umumkan dalam waktu terdekat.
“Sehari, dua hari, tiga hari ke, tak tahulah. Tunggulah, tapi tak lama dah,” katanya.
Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.
Larangan rentas negeri seluruh negara sejak lebih empat bulan lalu semakin menghampiri penghujungnya apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencecah 89.1 peratus setakat tengah malam tadi, iaitu 0.9 peratus sebelum aktiviti itu dibenarkan.
Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memaklumkan kebenaran rentas negeri tidak akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu, sebaliknya mengguna pakai SOP sedia ada. – BH Online