“Dengar Sebelah Kanan Je, Rasa Pening & Berpusing” - Telinga Kiri & Hidung Elyana Ada Masalah

“Dengar Sebelah Kanan Je, Rasa Pening & Berpusing” - Telinga Kiri & Hidung Elyana Ada Masalah
Share

Penyanyi Elyana memaklumkan dirinya baru selesai menjalani sesi kemoterapi kali kedua dan sudah dibenarkan pulang pada hari ini.

Bagaimanapun, tambahnya, rawatan susulan dilakukan terhadap masalah telinga kirinya yang sudah berlarutan sejak bertahun-tahun.

Melalui rawatan awal, pelantun lagu Kalis Rindu itu diberikan ubat titis dan terpaksa tidur secara mengiring.

“Saya perlu tidur mengiring kerana jururawat baru sahaja titikkan ubat dalam telinga sebelah kiri ini. Telinga saya sudah bertahun-tahun bermasalah serta hidung saya juga.

“Jadi, semalam pakar telinga dan mulut datang periksa. Dia memberi ubat titik dahulu.
“Dalam beberapa hari saya kena datang janji temu untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut untuk bahagian telinga dan hidung,” katanya menerusi hantaran video di Instagram Stories.

Dalam perkembangan sama, Elyana perlu berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) bagi pemeriksaan susulan permasalahan yang dialaminya beberapa hari lagi.

Malah, Elyana dibekalkan ubat khas untuk rawatan telinganya yang perlu dititiskan sendiri dua kali sehari.

Masalah yang dialami itu menyebabkannya hilang imbangan badan dan kerap pening.




“Selama ini pernafasan dan pendengaran saya memang tidak berapa jelas sangat. Saya rasa pening dan berpusing.

“Tak dengarlah, memang tidak. Dengar sebelah kanan sahaja, tidak seimbang. Nafas pun sama perlu periksa,” tambahnya.


Sumber : Gempak

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel