(Video) Hospital Terima Panggilan Misteri Jam 3 Pagi, Bila Sampai Di Rumah ‘Si Pemanggil’ Lain Yang Berlaku
Friday, October 15, 2021
Apabila terjun dalam bidang perubatan, sudah jadi lumrah bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini untuk merawat pesakit tidak kira masa dan tempat. Oleh itu, kebanyakan hospital menyediakan khidmat layanan 24 jam sebagai persediaan di waktu kecemasan jika khidmat mereka diperlukan dalam kadar segera.
Tapi lain pula dengan kisah yang dikongsikan pembantu pegawai perubatan ni. Melalui video yang diunggah di laman TikTok Tuan Dressar, MA ni berkongsi kisah seram yang dialaminya ketika sedang bertugas.
Katanya, pihak hospital mendapat panggilan pada jam 3.30 pagi mengatakan ada individu tak sedarkan diri di rumah. Dalam masa 15 minit, MA tersebut bersama pihak ambulans bergegas ke alamat yang diberikan untuk memberi bantuan.
“15 minit saya gerak dengan team PPK sampai lah ke rumah tu. Sampai-sampai tu saya nampak rumah tu gelap betul. Bagi salam tak ada siapa yang menyahut. Cemas lah, kita telefon balik MECC betul ke alamat semua ni. Dia cakap betul,” jelasnya.
Mendengar jawapan tersebut, MA ni ambil keputusan untuk telefon semula nombor yang menghubungi pihak hospital sebelumnya. Pun begitu, nombor telefon berkenaan tidak dapat dihubungi, hanya dengar suara operator mengatakan nombor yang didial tiada dalam perkhidmatan.
Seram dengan bunyi burung hantu di atas atap rumah, pemandu ambulans dan MA berkenaan ambil keputusan bergegas meninggalkan rumah tersebut.
Lebih mengejutkan, bila maklumat pesakit berkenaan diperiksa, individu tersebut rupanya dah meninggal dunia tiga tahun lepas.
Sumber: TikTok Tuan Dressar