(Video) “Patutlah selalu bau kaki” – Pengguna TikTok Dedah Lokasi Sesuai Letak Pewangi Kereta

(Video) “Patutlah selalu bau kaki” – Pengguna TikTok Dedah Lokasi Sesuai Letak Pewangi Kereta
Share

Perasan tak, kadang-kadang bila kita menaiki kereta lebih-lebih lagi selepas lakukan apa-apa aktiviti yang mengeluarkan peluh macam main futsal, badminton dan lain-lain secara tiba-tiba akan ‘naik’ bau yang kurang menyenangkan.

Bila perkara tersebut terjadi, selalunya masing-masing taknak mengaku dan mulalah driver atau penumpang bahagian hadapan akan cari pewangi kereta untuk disembur atau kalau jenis yang dalam bekas akan dihalakan ke corong aircond bagi menghilangkan bau tersebut.

Baca Juga

Menurut perkongsian sebuah akaun kedai aksesori di TikTok ini, rupa-rupanya ada satu lokasi paling sesuai untuk meletakkan pewangi kereta jenis yang ada bekas ini untuk membuatkan kereta kita lebih wangi.

Seperti kebiasaan, ramai yang akan meletakkan perfume kereta ini di bahagian atas dashboard ataupun di bahagian tengah kereta antara pemandu. Sebenarnya, menurut akaun tersebut, ia merupakan tempat yang salah!

Rupa-rupanya, terdapat satu ‘corong’ pengudaraan yang terletak di bahagian bawah dashboard di sebelah kiri kereta korang, senang cerita sebelah pemandu. Menurut perkongsian, seeloknya, pewangi kereta ini diletakkan di kawasan tersebut.

close

Untuk membuktikan perkara itu, sebuah mesin yang biasanya digunakan untuk tujuan sanitasi kenderaan telah dipasang dan kelihatan kepulan wap yang terhasil daripada mesin berkenaan telah disedut dan keluar melalui corong aircond.

Bila diperhatikan ruangan komen, ramai yang mengakui perkara tersebut selain ada yang memang meletakkan pewangi kereta disitu atas tunjuk ajar kawan-kawan yang arif tentang kereta dan ianya membuahkan hasil.

Sumber: Lobak Merah via Aryl J

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel