'Kali Ini Isteri Ustaz Ebit Datang Bukit Aman,' Ini Sebab Kenapa Isteri Pun Kena Hadir Sekali

'Kali Ini Isteri Ustaz Ebit Datang Bukit Aman,' Ini Sebab Kenapa Isteri Pun Kena Hadir Sekali
Share

Pendakwah terkenal, Ebit Lew dipercayai telah dipanggil sekali lagi oleh Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kes gangguan sek.sual mengaitkan d1rinya, semalam.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, beliau hadir bersama isterinya bagi membantu siasatan.

“Kita memanggil beliau sekali lagi bagi memenuhi keperluan untuk melengkapkan siasatan,” katanya ringkas.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan spekulasi serta provokasi hingga menjejaskan siasatan polis,” katanya.

Baca Juga

Terdahulu, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan ekoran video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Pada masa sama, kata beliau, kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ekoran penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sebelum ini, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman pada Ogos lalu.

Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Kesek.saan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

close
Terdahulu Nama pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew UEL menjadi perbualan hang4t netizen sejak beberapa hari lalu. Namun begitu, Ebit Lew dilihat tenang bercuti bersama keluarga tersayang di Langkawi.

Sumber Satkoba

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel