“Bunyi macam ayam tersepit” - CikB selamba ‘mengata’ DSV terjerit-jerit naik bot laju

“Bunyi macam ayam tersepit” - CikB selamba ‘mengata’ DSV terjerit-jerit naik bot laju
Share

Percutian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida bersama anak-anaknya di Pulau Langkawi dilihat cukup meriah lebih-lebih lagi apabila beliau sempat berkunjung ke restoran ‘siakap kayangan’ yang  viral beberapa hari kebelakangan ini.

Namun begitu, video memperlihatkan DSV menaiki bot laju ketika di pulau tersebut telah mendapat perhatian kerana ramai yang terhibur dengan keletahnya yang terjerit-jerit sewaktu bot tersebut bergerak di permukaan air.
Disebabkan video berkenaan juga, anak kepada DSV iaitu Cik B turut sama ‘mengutuk’ ibunya dengan menyamakan jeritan tersebut seperti suara ayam tersepit.

Baca Juga

Gurauan itu telah mendapat perhatian ramai dan sama-sama terhibur dengan telatah usahawan berkenaan kerana begitu all out ketika bercuti.

Perkongsian yang dibuat Cik B diruangan Twitternya telah menjadi perbualan warganet kerana merasa ‘terwakilkan’ dengan ayat pelakon remaja itu.

Mereka mengakui agak terkejut kerana ada yang berani menyamakan suara DSV dengan bunyi ayam namun berasa lega selepas melihat anak usahawan itu sendiri yang ‘membahan’ ibunya.

close
Sumber penulisan: Ohmymedia

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel