Hael Didakwa Berhibur Di Kelab Sejenis Korea - Pengurus Nafi dan Bakal Ambil Tindakan
Friday, November 12, 2021

Penyanyi Hael Husaini, 33, difahamkan telah terbang ke Korea Selatan atas urusan kerja baru-baru ini. Hael telah berkongsi foto serta video berada di negara tersebut.
Namun, ada cerita tak sedap didengar apabila ada netizen yang membuat tuduhan berat dengan mendakwa penyanyi lagu 'Jampi' itu pergi berseronok di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon, Korea.
Kecoh mengenai perkara itu di laman Twitter. Menurut netizen itu lagi, ada seorang penyanyi Malaysia ke Korea tanpa menjalani kuarantin sebelum berhibur di kelab gay tersebut. Menerusi hint yang dberikan, individu berkenaan seolah mengatakan penyanyi yang dimaksudkan itu adalah Hael Husaini.
Bagaimanapun menerusi satu IG Live, pengurus Hael tampil memberikan respon bahawa dakwaan tersebut hanyalah fitnah semata-mata. Pengurus Hael memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang menyebarkan khabar angin berkenaan.
"Saya nak terangkan apa yang berlaku. Saya buat video ini sebenarnya nak bagitau Healers yang Hael punya team dah ambil tindakan. Berhenti budak tu nanti. Tak belajar dah kat Korea. Kalau dia padam pun dah terlambat dik. Aku dah jumpa Youtube, IG, semua alamat rumah dah dapat. Tak elok sebarkan fitnah. Berhentilah sebarkan fitnah”.
Walaupun ciapan tersebut sudah dipadam, namun ia sama sekali sudah terlambat kerana segala maklumat diri pelajar tersebut sudah diketahui dan ia akan mengambil tindakan diatas tuduhan berkenaan.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, kebanyakan peminat penyanyi itu tidak mahu menjatuhkan hukum sesuka hati kerana apa yang ditulis oleh individu terbabit di laman Twitter langsung tidak mempunyai bukti yang sahih.
Mereka juga meminta sesetengah pihak supaya tidak sesuka hati melemparkan fitnah kerana boleh mendatangkan salah faham serta dosa besar andai apa yang diperkatakan tidak tepat.
Sumber: Artis Malaysia