Cemburu Masih Berhubung Soal Anak? Wanita Kecoh Hina Bekas Isteri Suami Sendiri

Cemburu Masih Berhubung Soal Anak? Wanita Kecoh Hina Bekas Isteri Suami Sendiri
Share

Sebelum ini pernah heboh kisah seorang ustaz selebriti yang berkahwin dengan bekas isteri sahabatnya sendiri lepas 2 bulan menduda. Meskipun dah berpisah, tapi Alvin Faiz dan jandanya iaitu Larissa Chou masih berhubung soal nafkah anak.

Akan tetapi isteri barunya iaitu Henny Rahman malah dipercayai cemburu buta sehingga tidak membenarkan kedua-duanya untuk contact sama sekali. Sedangkan Larissa tiada lagi perasaan kepada bekas suaminya selain sudah lama move on dengan keruntuhan rumah tangga mereka.

Sungguh mengejutkan, kelmarin kecoh apabila Henny berani menghantar beberapa kiriman mesej kepada Larissa yang berbaur provokasi. Tiba-tiba sahaja wanita berkenaan seakan menghina fizikal serta mendakwa seluruh ahli keluarga dan juga suaminya sendiri puji dia lebih cantik daripada si bekas isteri. Paparan mesej berkenaan akhirnya dikongsikan kembali oleh Larissa ke IG sebelum dipadamkan.

Baca Juga



Geram melihat anak perempuannya diperlakukan seperti itu, ibu kepada Larissa Chou tidak segan silu menegur terus Henny dengan satu komen di Instagram. Dalam pada itu, Alvin pula dilihat memohon pertengkaran itu boleh diselesaikan tanpa memuat naik sebarang status atau update di sosial media.

Sumber : Portal Insertlive & Celebrities.id
close

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel