Isu Curang Kembali Tular, Shah Rukh Khan Dikatakan Pernah ‘Tidur’ Dengan Kajol

Isu Curang Kembali Tular, Shah Rukh Khan Dikatakan Pernah ‘Tidur’ Dengan Kajol
Share

Temubual pelakon Bollywood popular, Shah Rukh Khan berhubung dengan dakwaan aktor tersebut pernah berlaku curang bersama heroin dalam filemnya, Kajol yang dilakukan beberapa tahun lalu kembali tular.

Memetik petikan di mStar, Shah Rukh Khan, 56, berasa marah dan tersinggung apabila gosip tentang dirinya pernah tidur bersama pasangannya di dalam filem tersebar.

Menurut pelakon filem Dilwale itu, Kajol merupakan seorang sahabat dan sudah dianggap seperti anak saudaranya serta dia turut bertegas bahawa dia tidak pernah tidur bersama heroin tersebut.

Baca Juga

"Kajol dan aku? Dia anak Bibi Tanuja, adik perempuanku. Bahkan Gauri menyukainya. Aku kerja dengan Juhi Chawla, Madhuri Dixit, Manisha, Sonali, Shilpa, Suchitra, Krishnamurthy, Urmila dan tidak pernah tidur dengan mereka. Aku tidak pernah tidur dengan Kajol," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata bahawa dirinya tidak pernah tertarik dengan wanita hanya kerana mempunyai wajah cantik, namun lebih tertarik dengan wanita yang mempunyai karakter, kecerdasan dan semua yang dimiliki oleh isterinya.
"Aku bukan gay. Tapi saya tidak terangsang pada perempuan yang cantik. Aku lebih tertarik kepada karakter, kecerdasan dan Gauri memiliki itu semua. Jadi kenapa harus mengejar perempuan lain?" ujarnya.

Katanya lagi, jika dia benar-benar ingin berlaku curang, tiada siapa yang akan mengetahuinya kerana dia seorang pelakon yang bagus dan bijak untuk menyembunyikan perkara itu.

close
"Kalau aku curang siapa pun tidak akan tahu. Aku terlalu pintar dan aktor yang bagus untuk membiarkan dunia tahu apa yang sedang terjadi. Cukuplah dengan khabar angin ini! Aku akan berhenti jadi pelakon kalau gosip dengan Kajol masih berterusan," ujarnya.

Katanya lagi, jika benar dia ingin berlaku curang, tiada siapa akan mengetahui perkara tersebut kerana dia beranggapan bahawa dirinya seorang pelakon yang pintar untuk menyembunyikan hal seperti itu.

SUMBER : mStar

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel