Dah Bergelar Bapa ‘Segera’, Caprice Nak Ajar Anak Tiri Bahasa Inggeris Dan Perancis "shushu"

Dah Bergelar Bapa ‘Segera’, Caprice Nak Ajar Anak Tiri Bahasa Inggeris Dan Perancis "shushu"
Share

Kini bergelar suami dan juga bapa ‘segera’ kepada seorang anak perempuan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli,33, mengakui dirinya berasa teruja dengan status baharu tersebut.

Jika sebelum ini penyanyi rap ini mendiamkan diri daripada media sosial, Caprice dilihat kembali aktif di media sosial apabila dia tampil berkongsi foto dan video mesranya bersama isteri yang juga ibu tunggal kepada seorang anak.

Sudah tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, Caprice berkata dia berazam untuk mengajar anak tirinya  yang bernama Aleeysa Sofea itu bahasa Inggeris dan Perancis.

Dalam pada itu, Caprice turut memohon maaf kepada pemiant kerana lama menyepi dari media sosial serta berjanji akan berkongsi mengenai apa yang sebenarnya telah terjadi kepada dirinya dalam masa terdekat.

Baca Juga

Isnin lalu, Caprice telah selamat diijab kabul dengan wanita berstatus ibu tunggal anak satu yang berasal dari Kelantan iaitu Farra Inalis,26.

Sementara itu, ramai peminat tampil mengucapkan tahniah buat Caprice dan isteri dan mendoakan agar keduanya bahagia hingga ke syurga abadi.

SUMBER : Instagram Sign By Cap
Kredit: beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel