Selepas Hairan Kenapa Dibenci Netizen, Gambar Baby Shima Di Kelab Malam Cetus Tanda Tanya Pula
Tuesday, November 16, 2021

Namun, Shima tampil mengeluarkan kenyataan seperti tidak berselindung atau menafikan perkara tersebut dengan mengatakan apa yang dilakukannya itu tidak mengganggu orang lain.
“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke?”
Tambah Shima, dia merasakan yang dia tidak perlu untuk beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut kerana baginya ia tiada kepentingan untuk orang lain.
Menerusi beberapa gambar yang tersebar itu, Shima dilihat sedang bermesra dengan seorang lelaki dipercayai di sebuah kelab malam di ibu negara.
Lebih menimbulkan tanda tanya adalah apabila dalam gambar tersebut, Shima seperti sedang mencium lelaki itu sambil memegang gelas minuman.
“Apa saya rasa saya nak buat saya akan buat, Shima tak ganggu orang.”
Dalam pada itu, Shima turut bertindak menyalahkan netizen apabila ditanya sama ada kontroversi yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini sengaja dibuat bagi meraih perhatian ramai orang.
Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, sebenarnya apa yang berlaku pada dirinya bukan untuk tarik perhatian orang atau hendak timbulkan kontroversi tetapi semuanya disebabkan mulut orang.
Ujar Shima lagi, daripada mulut orang dia meraih perhatian namun dia tidak mampu untuk menutup mulut setiap orang agar berhenti bercakap tentang dirinya.
Sebelum ini, Shima juga pernah memberi bayangan mengenai kesedihannya itu menerusi sebuah perkongsian sebuah kata mutiara berbahasa inggeris yang berbunyi ‘Anda boleh memalsukan senyuman tetapi tidak perasaan’ di ruangan Instagram Storynya.
Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli turut meluahkan rasa sedih dan memberi bayangan yang dia sudah tidak sanggup bertahan dengan situasi tersebut.
“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci Shima sedangkan Shima tak pernah kacau orang lain. Tak pernah kacau rumah tangga orang, keluarga orang.”
“Terus-terang Shima cakap, Shima dah tak kuat dengan apa yang dilalui sekarang. Boleh tak kamu semua rasakan apa yang Shima rasa?”
Pada masa yang sama, luahan Shima tersebut juga mendapat respon daripada rakan artis seperti Wani Kayrie, Harry Khalifah dan Erry Putra yang tampil memberikan kata-kata semangat kepadanya.
SUMBER : mStar Online