"Ini Baru Ibu Contoh" Zizie Izette Bawa Anak-Anak Bercuti, Tampil Sedondon Raih Perhatian Netizen
Saturday, November 20, 2021

Sebaik saja tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan dibenarkan merentas negeri sejak 11 Oktober lalu, ramai yang mengambil peluang untuk membawa keluarga bercuti.
Pelakon, Datin Zizie Izette juga tidak melepaskan peluang membawa anak-anaknya bercuti di Melaka dan Genting Highland, Pahang.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah hantaran gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya ketika percutian itu.
Perkongsian isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin itu telah mendapat pelbagai reaksi peminat dan rata-rata memuji penampilan mereka yang tampil sedondon.
Melalui tinjaun, sejak dulu lagi Datin Zizie sememangnya gemar tampil sedondon dengan anak-anaknya terutama sekali bila bercuti.
Terdahulu, Datin Zizie mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat melaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Mokhtar, 61, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu dan kes masih dalam perbicaraan. - Sumber CARI