“Bercinta dengan orang lain. Nikah dengan orang lain” - Jasmin Hamid Kini Isteri Kepada Pengurus
Saturday, November 20, 2021

Tiada angin tiada ribut, pelakon senior Jasmin Hamid selamat melangsungkan pernikahan dan kembali bergelar isteri.
Berita gembira itu dikongsikan oleh pelakon itu sebentar tadi menerusi Instagram miliknya serta memuat naik gambar bersama suami mengenakan baju pengantin putih sedondon.
Menerusi entri tersebut, Jasmin berkata meskipun pada asalnya menjalin hubungan cinta dengan orang lain namun sudah ketentuan Allah apabila dipertemukan jodoh dengan suaminya itu.
“Salam Jumaat. Syukur Alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain. Nikah dengan orang lain. Sebagai hamba-Nya yang beriman, wajib percaya bahawa jodoh, maut dan rezeki adalah rahsia Allah,” tulisnya.
Jasmin berkata dia hanya melakukan perkara wajib sahaja dan tidak melakukan majlis secara besar-besaran.
“Saya hanya buat yang afdal. Janganlah ada yang berkecil hati. Tiada majlis pun. Hanya ahli keluarga,” tulisnya.
"Dia banyak jaga dan ambil berat mengenai saya termasuk ketika saya banyak mengingati soal mati serta fikir itu dan ini.
"Saya anggap semua ini suratan yang membuka banyak hikmah tersendiri," katanya.
Pelakon filem Boss dan Kanta Serigala itu berkata, selama ini, dia dan suami membahasakan diri dengan panggilan 'adik' dan 'kakak'.
"Kami juga bahasakan diri 'engkau' dan 'aku'. Janggal pula rasanya sekarang. Selepas ini kena panggil dia 'baby' mungkin," seloroh Jasmin.
Selesai majlis nikah, pasangan mempelai diraikan secara sederhana di kediaman keluarga suami di Kampung Baru, di sini.
Jasmin mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun, Ian Haziq merupakan hasil perkahwinan terdahulunya bersama bekas suami.
Pelakon itu juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Lukhman Hakim dan Rohana yang dijaga sejak kecil.
Sumber: Kosmo